
| | LAMAN UTAMA
PENGENALAN
Sekolah Menengah kebangsaan Tun Aminah (SMKTA) terletak kira-kira 7.5 km dari bandar Batu Pahat, terletak bersebelahan dengan SMK Munshi Sulaiman dan tidak jauh dari SMK Teknik dan Institut Perguruan Tun Hussein Onn yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Batu Pahat.
Sekolah ini mula diasas pada awal tahun 1965. Pada masa itu, pelajarnya menumpang di SMK Perempuan Temenggung Ibrahim (TIGS). Nama SMKTA adalah mengambil sempena nama Sultanah Johor iaitu DYMM Sultanah Tun Aminah, isteri kepada DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Johor.
Pada 4 hb November 1965, pelajar-pelajar dari sekolah ini mula berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di KM 7, Jalan Kluang, Batu Pahat. Pada 21 hb September 1967, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Encik Mohd Khir Bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia. Pengerusi Jemaah Pengelola yang pertama ialah YB Dato' Haji Md. Salleh Bin Haji Tahir.
Motto SMKTA ialah "SENTIASA BERUSAHA" yang bermaksud setiap warga SMKTA mesti sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.
Lencana sekolah mengandungi perkataan STA bermaksud Sekolah Tun Aminah. Kelalang dan Buku Terbuka melambangkan pelajaran akademik di bidang sains dan sastera. Warna merah menunjukkan keberanian pelajar-pelajar untuk menghadapi sebarang cabaran dalam bidang akdemik. Biru pula lambang perpaduan kaum di kalangan pelajar-pelajar dan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan. Putih melambangkan kesucian perjuangan pelajar-pelajar untuk menaikkan imej sekolah berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara manakala kuning pula melambangkan taat setia kepada Raja dan Negara Malaysia.
KOMPAS BULAN SEPTEMBER 2010 .gif)
4 -12 September (Sabtu-Ahad) - Cuti Pertengahan Penggal
10 September (Jumaat) - Hari Raya Puasa (*)
16 September (Khamis) - Cuti Sempena Hari Malaysia
21 September (Selasa) - Penutupan Hari Kemerdekaan
22 September (Rabu) - Taklimat Penilaian Kokurikulum
23 September (Khamis) - Solat Hajat
29 September (Rabu) - Ceramah Kesihatan Remaja Sesi Petang
30 September (Khamis) - Pencerapan Buku Latihan 8
* Sila rujuk KOMPAS untuk keterangan lanjut.
MAKLUMAN
Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010, Tg 3 dan Tg 5 pada 6 Julai 2010 jam 1.00 tengah hari bertempat Bilik Media
Penilaian Kurikulum 3 akan diadakan pada 26 Julai 2010.
Peperiksaan Percubaan PMR diadakan bermula pada 2 Ogos 2010
(kemaskini; 2 September 2010, 23:00)
|
| | 
| HUBUNGI KAMI | SMK TUN AMINAH,
BATU PAHAT,
JOHOR, MALAYSIA
Alamat : KM 7, Jalan Kluang,
83007 Batu Pahat, Johor,
Malaysia
Telefon : 07-4342133
Fax : 07-4332705
Email
Pengetua : pengetua@stabatupahat.edu.my
atau smk_tun_aminah@yahoo.com.my
Webmaster : admin@stabatupahat.edu.my
atau
ict_sta@yahoo.com
|
| WEBMAIL STA | .jpg)
|
| PENAFIAN | Sebarang muat turun sama ada grafik , aplikasi ,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri.
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, Batu Pahat, Johor tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum |
|